Wednesday, May 8, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Keberangkatan Negara ke Republik Turkiye pada 6 Mac

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat mengadakan Keberangkatan Negara ke Republik Turkiye pada 6 hingga 9 Mac ini.

    Semasa Keberangkatan Negara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia, antara lainnya, dijangka akan mengadakan perjumpaan bersama Presiden Republik Turkiye, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, bagi membincangkan perkara-perkara yang berkepentingan bersama ke arah mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala sebelum menyaksikan majlis penandatanganan beberapa dokumen antara Brunei dan Turkiye.

    Keberangkatan Negara Baginda Sultan ke Republik Turkiye itu mengesahkan semula hubungan dua hala yang mesra sejak hubungan diplomatik dijalin pada 27 Jun 1984, dan seterusnya mempromosikan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua buah negara, termasuk kerjasama yang sedia ada dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pendidikan, kebudayaan dan pertahanan.

    Kali terakhir Baginda Sultan berangkat ke Turkiye bagi Keberangkatan Negara adalah pada 7 hingga 11 April 2012.

    Di samping itu, Baginda juga pernah berangkat ke Istanbul bagi menghadiri Sidang-sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), masing-masing pada 14 dan 15 April 2016 dan 12 dan 13 Disember 2017, yang mana Turkiye selaku Pengerusi OIC pada sidang-sidang kemuncak berkenaan.

    Gambar fail KDYMM bersama TYT Recep Tayyip Erdogan semasa Baginda menghadiri Sesi Pembukaan Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam Sesi Ke-13. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...