Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kedudukan Barca di kelompok 4 teratas goyah

    BARCELONA, 19 APRIL – Kedudukan Barcelona dalam kelompok empat teratas La Liga kelihatan kurang meyakinkan selepas mereka mengalami kekalahan mengejut 1-0 di tempat sendiri kepada Cadiz, yang bergelut dalam penyingkiran, kelmarin.

    Penyudah jarak dekat Lucas Perez pada awal separuh masa kedua memberikan Barcelona kekalahan kedua berturut-turut, selepas tersingkir di tangan Eintracht Frankfurt dalam Liga Europa pada Khamis lalu.

    Barcelona kekal di tempat kedua tetapi berkongsi mata dengan kedua-dua pasukan Sevilla yang berada di tempat ketiga dan Atletico Madrid di tempat keempat, manakala Real Betis di tempat kelima hanya ketinggalan tiga mata. Namun pasukan Xavi Hernandez masih mempunyai kelebihan satu perlawanan ke atas ketiga-tiga pasukan di bawah mereka.

    Tetapi kekalahan tersebut bermakna Barca hanya memenangi satu daripada empat perlawanan terakhir mereka, kemenangan itu diraih menerusi kemenangan pada masa kecederaan menentang Levante, pasukan yang berada di tempat ke-19.

    Sebarang harapan yang mereka ada untuk membuatkan pasukan pendahulu Real Madrid berasa tidak selesa sudah pasti berakhir, dengan Madrid 15 mata mendahului di atas, telah bermain lebih banyak perlawanan.

    Aksi Ferran Torres (kanan) dalam perebutan bola dengan Ivan Alejo semasa perlawanan La Liga antara Barcelona FC dan Cadiz di stadium Camp Nou, Barcelona. – AFP

    Cadiz keluar daripada zon penyingkiran ke tangga ke-16, dua mata mendahului tiga pasukan terbawah.

    Kekalahan kepada Frankfurt pada Khamis lalu adalah kenangan pahit, memandangkan pasukan Catalans itu secara berkesan menyerahkan kelebihan di tempat sendiri dengan membenarkan lebih 20,000 penyokong di tempat lawan ke Camp Nou.

    Xavi berkata pada Sabtu lalu, Barca berasa seperti dirompak di rumah mereka sendiri dan salah satu kumpulan peminat terkemuka bagi kelab tersebut memboikot perlawanan Cadiz.

    “Kami perlukan semua,” kata Xavi. “Barca perlu lebih bersatu berbanding sebelum ini.”

    Cadiz sepatutnya mendahului pada separuh masa tetapi cubaan merembah Perez tersasar selepas diberikan penyudah mudah oleh Ruben Sobrino. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...