Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Kedutaan AS sambut kepulangan alumni YSEALI

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Brunei Darussalam telah menganjurkan acara rangkaian untuk alumni program pertukaran kerajaan AS yang baharu pulang, di kedutaan tersebut hari ini.

    Acara tersebut juga menandakan 10 tahun program pertukaran paling popular Kedutaan AS bagi belia Brunei iaitu Inisiatif Pemimpin-pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI).

    Menurut Kedutaan AS, dalam kenyataan yang dikeluarkan, seramai 10 rakyat Brunei yang baru pulang dari AS dan negara-negara ASEAN selepas menamatkan pelbagai program yang dibiayai oleh kerajaan AS di bawah YSEALI telah menyertai sesi perbincangan mengenai pengalaman mereka dan sesi rangkaian speed-dating.

    Program yang diwakili termasuk Program Fellowship Akademik YSEALI, Akademi YSEALI di Fulbright (Vietnam), Akademi Kepimpinan Wanita YSEALI (WLA) dan pertandingan geran YSEALI Seeds for the Future.

    Kedutaan berkenaan menyatakan, seramai 19 rakyat Brunei telah menamatkan program YSEALI tahun ini.

    Jeff Barrus semasa menyampaikan ucapan.
    Jeff Barrus semasa sesi perbincangan bersama alumni YSEALI.

    Program-program itu adalah fellowship akademik atau profesional selama lima minggu di AS, atau bengkel serantau yang lebih pendek yang diadakan di rantau ASEAN.

    Sehingga Mei 2023, seramai 474 orang rakyat Brunei telah menyertai program pertukaran yang dibiayai oleh kerajaan AS, 274 daripadanya adalah alumni YSEALI.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Pegawai Hal Ehwal Awam, Jeff Barrus mengingatkan alumni bahawa mereka kini sebahagian daripada rangkaian elit pemimpin muda di seluruh Asia Tenggara yang secara kolektif berusaha untuk menangani cabaran global yang kritikal dan meluaskan peluang.

    “Di seluruh Asia Tenggara, lebih 100,000 belia menyertai rangkaian YSEALI untuk memperoleh kemahiran kepimpinan dan bekerja merentasi sempadan mencari penyelesaian kepada cabaran serantau dan global,” katanya.

    Barrus juga menekankan bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 YSEALI.

    Program yang ditubuhkan pada 2013 itu merupakan program pertukaran belia utama Jabatan Negara AS yang memberi tumpuan kepada Asia Tenggara.

    Ia merupakan kunci kepada perkongsian sosiobudaya AS dengan ASEAN dan membina jambatan antara pemimpin-pemimpin muda dan AS.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...