Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Menangis tika dinobat baguette terbaik di Paris

    PARIS, 12 MEI – Seorang pembuat roti Paris berasal dari Sri Lanka berkata dia ‘menangis’ apabila mendengar dia memenangi baguette terbaik di ibu negara Perancis minggu ini dan akan menghantar roti itu ke istana presiden.

    “Saya menangis kerana kami warga asing dan kami datang ke sini untuk belajar membuat roti tradisional Perancis,” kata Tharshan Selvarajah kepada AFP semalam.

    “Saya sangat gembira kerana memenangi hadiah itu,” ujarnya.

    Seramai 15 ahli baguette pada Rabu telah memilih roti Perancis ikonik tersebut, dengan versi Selvarajah sebagai yang terbaik dalam kalangan 175 peserta tanpa nama.

    Ahli juri, termasuk enam penduduk biasa Paris, terpaksa menilai berpuluh-puluh baguette berdasarkan rasa, kerak, serbuk, buih udara dan aspek keseluruhan.

    “Jangan minum pada permulaan pertandingan atau awda tidak akan sempat merasa kesemuanya pada akhir pertandingan,” pegawai Paris Olivia Polski memberi amaran kepada hakim sebelum bermula.

    Lima belas ahli baguette pada Rabu memilih roti Perancis ikonik versi Selvarajah sebagai yang terbaik dalam kalangan 175 pesaing tanpa nama. Selvarajah memberitahu AFP dia sentiasa membuat roti panjangnya ‘dengan kasih sayang’, sambil ‘tersenyum, ketawa dan menyanyi’, dan hasilnya dimasak dengan baik, lazat dan rangup.

    Dia telah memenangi 4,000 euro (lebih AS$4,300) dan peluang membekalkan baguette ke istana presiden. – AFP

    Gambar bertarikh 10 Mei menunjukkan baguette di depan ahli juri semasa pertandingan baguette terbaik di Paris. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...