Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kejayaan M’sia dalam kes tuntutan Sulu bukti kebenaran

    KUALA LUMPUR, 7 JUN – Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu semalam, menjadi bukti kebenaran negara dalam mempertahankan hak dan kedaulatan negara.

    Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kemenangan itu menunjukkan bahawa kes yang dibawa Malaysia adalah benar dan tepat, manakala kes yang dibawa pihak berkenaan adalah usaha yang dibuat untuk kepentingan pihak tertentu.

    “Saya turut adakan pertemuan dengan Menteri Luar Perancis sebelum ini, menjelaskan tentang pendirian Malaysia dan kedudukan wilayah Malaysia.

    “Pihak Perancis sependapat dengan pendirian Malaysia berdasarkan kedudukan Malaysia, hak-hak Malaysia telahpun diiktiraf di peringkat antarabangsa berdasarkan undang-undang antarabangsa,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

    Menurutnya kerjasama yang baik antara kementerian berhubung isu itu dengan diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said telah berjaya menghasilkan satu keputusan yang cukup bermakna kepada negara.

    Semalam, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

    Ekoran keputusan itu penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan. – Bernama

    Datuk Seri Zambry Abd Kadir ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...