Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Kelab Jerman menangi Piala Bersatu Eropah

NYON, SWITZERLAND, 30 JUN – Kelab Jerman dengan penglibatan pemain dari 24 buah negara berjaya memenangi kejohanan sulung UEFA untuk pasukan campuran yang terdiri daripada pelarian, di Nyon, kelmarin.

Kejohanan lapan pasukan di Piala Bersatu Eropah dianjurkan oleh badan jawatankuasa bola sepak Eropah dan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNHCR.

Kejohanan tersebut adalah untuk menekankan bahawa peranan bola sepak itu boleh mengukuhkan lagi ikatan antara pelarian dan komuniti tuan rumah. Dalam perlawanan tersebut, Motor Neubrandenburg Sud FC berjaya memenangi perlawanan menerusi gol penalti, menewaskan pasukan Switzerland, SRD Galaica-Onex, selepas keputusan perlawanan seri 2-2.

Pasukan berkenaan berjaya meraih trofi kemenangan yang disampaikan oleh Presiden UEFA, Aleksander Ceferin dan Suruhanjaya Tinggi UNHCR, Filippo Grandi. Perlawanan itu diadakan di ibu pejabat UEFA, menyaksikan lapan pasukan, 70 peratus daripada pemainnya adalah golongan pelarian. Antara pemain yang menyertai ialah dari Itali, Perancis, Malta, Austria, Belgium dan Ireland.

Sementara itu, perlawanan akhir dimulakan dengan perlawanan bagi kategori wanita.

Menurut perancangan, kejohanan tersebut akan diadakan setiap tahun atau setiap dua tahun, kata pengurus yang bertanggungjawab dalam hal ehwal sosial UEFA, Monica Namy kepada AFP.

Dia berkata UEFA berharap untuk menambah lebih banyak pasukan, kejohanan wanita sekali gus memberi inspirasi serta sokongan dari 55 buah negara persekutuan Eropah kepada pelarian. UEFA telah melancarkan program sokongan kepada pelarian selepas gelombang perpindahan pada 2015 dan 2016, kata Namy, ia adalah bertujuan untuk membolehkan para pelarian dapat bermain bola sepak. – AFP

Reaksi pasukan Jerman meraikan selepas memenangi Piala Bersatu Eropah 2022 di ibu pejabat EUFA, Nyon. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -