Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Sekatan COVID di Shanghai dilonggarkan

    BEIJING, 30 JUN – Shanghai kini membenarkan penduduk makan di restoran dan membuka semula taman tema Disney Resort tatkala kes-kes jangkitan tempatan COVID kekal sifar di bandar terbesar China itu selepas lebih dua bulan dikenakan perintah berkurung.

    Para pegawai China memuji dasar tegas ‘sifar COVID’ mereka yang mengekang peningkatan kes dan jumlah kematian akibat virus, meskipun natijah besar terhadap ekonomi China dan kebergantungan rantaian bekalan antarabangsa ke atas pengilangan serta keupayaan perkapalan China yang terjejas teruk.

    China sudah berulang kali mempertahankan dasar dan syarat bahawa ia akan mengekalkan dasar ‘Sifar COVID’ sehingga sekurang-kurangnya musim bunga 2023, apabila Presiden Xi Jinping dijangka dilantik semula kali ketiga bagi lima penggal akan datang sebagai ketua ekonomi kedua terbesar dunia dan pesaing rapat Amerika Syarikat di rantau Indo-Pasifik.

    Dalam kenyataan dikeluarkan oleh agensi berita rasmi, Xinhua, Xi kelmarin mengatakan dasar China terhadap virus itu adalah bagi ‘melindungi nyawa dan kesihatan rakyat sebaik mungkin.’

    Beliau berkata demikian semasa lawatan ke bandar tengah, Wuhan, di mana virus itu mula dikesan lewat 2019 sebelum wabak pandemik itu membunuh lebih daripada 6.3 juta orang di seluruh dunia, menurut perkiraan oleh Universiti John Hopkins di Amerika Syarikat. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...