Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kem. Kesihatan memperingati Nuzul Al-Quran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Kementerian Kesihatan turut memperingati Nuzul Al-Quran dengan majlis sambutan yang diteruskan dengan majlis khatam Al-Quran dan penyampaian derma anak-anak yatim yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian derma anak-anak yatim ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Dr Haji Mohd Khalifah bin Pengiran Haji Ismail, para pengarah, pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato dan seterusnya disusuli dengan majlis khatam Al-Quran dan bacaan Tahtim beramai-ramai oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan serta Doa Khatam.

    Kemudian, majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban sebelum penyampaian derma kepada 41 orang anak yatim warga kakitangan Kementerian Kesihatan dan jabatan-jabatan di
    bawahnya yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim pada majlis itu.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham ketika menghadiri majlis yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...