Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kem. Pertahanan sambut Israk Mikraj

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan Kementerian Pertahanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Kementerian Pertahanan hari ini menyambut Israk Mikraj bagi peringkat kementerian secara serentak di seluruh surau-surau Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

    Majlis bertemakan ‘Sembahyangku kerana Allah’ dihadiri oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, pegawai-pegawai pe-ringkat kepimpinan dan warga Kementerian Pertahanan dan ABDB di Surau Al-Huda.

    Majlis turut diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, ceramah khas yang disampaikan oleh da’ie Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Abdul Rahman bin Ajak dan diakhiri dengan sembahyang fardu Asar berjemaah.

    Sambutan bertujuan memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW serta menghayati fadilat melaksanakan sembahyang fardu lima waktu.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua bersama warga kementerian semasa majlis sambutan Israk Mikraj baru-baru ini.
    Pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB menyertai acara sambutan Israk Mikraj di Surau Pengiran Ratna Indera, Kem Tutong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...