Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Kemahiran insaniah agar kekal nilai budaya, identiti kebruneian

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Inisiatif dan usaha dalam memedulikan kepentingan golongan masyarakat yang sebelum ini terlepas pandang, termasuk golongan wanita, orang berkelainan upaya dan warga emas. Ini adalah satu langkah penting dalam membina masyarakat yang mapan dan inklusif. Perkembangan ekonomi dan Revolusi Industri 4.0 juga perlu diambil kira impaknya kepada masyarakat dan persekitaran supaya tidak hilang nilai-nilai kemahiran sosial, budaya dan identiti kebruneian dengan memperkenalkan inisiatif yang bersesuaian seperti kemahiran insaniah, program kesedaran dan sebagainya.

    Menurut Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari, sepanjang lantikan beliau, beberapa dasar, perintah dan cetakan biru rangka tindakan telah diperkenalkan ketika bercakap di persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari ini.

    Di bawah Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, sasaran yang ditetapkan adalah tinggi dan memerlukan kerjasama daripada orang ramai dalam memastikan sasaran tersebut dapat dicapai. Sebagai contoh, sasaran kapasiti keseluruhan kepada 200MW daripada tenaga solar menjelang 2025 memerlukan perancangan yang teliti bagi memastikan usaha ini dapat membantu negara menjadi rendah karbon pada masa akan datang. Kaola menyambut baik usaha kerajaan dalam menetapkan sasaran untuk menanam 500,000 anak pokok dan ini akan dapat dicapai dengan adanya usaha yang padu dan berterusan daripada pihak-pihak tertentu.

    Di bawah Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035 pula, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada para belia daripada pelbagai latar belakang untuk mengikuti program-program pembangunan belia termasuk memastikan saluran komunikasi yang efisien dan mengukuhkan komuniti belia tempatan.

    Yang Berhormat Dayang Khairunissa juga mengambil baik inisiatif memperkembangkan Digital Economy Masterplan 2025 melalui pembaikan perhubungan, infrastruktur Internet dan payment gateway. Ini diharap akan membolehkan para belia dalam meningkatkan aktiviti perekonomian dan menjana peluang pelbagai jenis pekerjaan pada masa akan datang.

    Yang Berhormat Dayang Khairunissa semasa menghadiri permesyuaratan MMN.

    Dalam pengurusan sampah di negara ini, diharap peningkatan infrastruktur kitar semula yang efisien di negara ini dapat direalisasikan, dalam melangkah ke hadapan untuk memastikan Brunei sentiasa dalam keadaan bersih dan hijau.

    Yang Berhormat juga berharap sistem pengangkutan awam juga akan dapat dipertingkatkan kerana ia sangat penting dalam memberi lebih banyak akses kepada semua lapisan masyarakat, terutama bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk bergerak kerana tidak mempunyai pengangkutan yang tetap. Bak kata pepatah, “tanda sesebuah negara itu maju apabila orang kaya menggunakan pengangkutan awam”.

    Selain itu, Yang Berhormat Dayang Khairunissa berharap kementerian yang terlibat akan dapat membuat kajian dan penelitian bagi kesesuaian untuk menukar ke sistem pekerjaan dan persekolahan lima hari berturut-turut bagi membantu untuk mengimbangkan keperluan kesihatan mental, termasuklah kajian terperinci mengenai kesesuaian waktu fleksibel dan bekerja dari jarak jauh.

    Sementara itu, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadi ketika menyampaikan ucapan penangguhannya menyentuh mengenai kemajuan kementerian masing-masing dalam menuju ke hadapan dan perkongsian cabaran yang masih dihadapi.

    Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi berharap pendayaan peluang inklusif dan memperkasakan masyarakat sentiasa diamalkan ke atas semua perlaksanaan dalam menjayakan wawasan negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...