Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kematian akibat denggi Filipina cecah 400

    MANILA, 30 OGOS – Jabatan Kesihatan Filipina hari ini mengumumkan jumlah kematian akibat demam denggi telah meningkat kepada 400 orang tahun ini, ketika kes bawaan nyamuk itu bertambah kepada 143 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Jabatan Kesihatan telah mengira 118,785 kes dari 1 Januari sehingga 13 Ogos. Data menunjukkan kawasan Luzon Tengah mencatatkan kes tertinggi, dengan lebih 21,000 kes diikuti kawasan Visayas Tengah di tengah Filipina dan Metro Manila dengan lebih 11,000 setiap kawasan itu.

    Enam daripada 17 kawasan di negara itu ‘melebihi nilai ambang epidemik’ dalam masa empat minggu kebelakangan daripada 17 Julai sehingga 13 Ogos, dengan Metro Manila ‘menunjukkan trend peningkatan kekal.’

    Denggi adalah endemik di Filipina. Penyakit berjangkit bawaan air termasuk denggi, lazimnya berada pada kemuncaknya pada permulaan musim hujan dari Julai sehingga Oktober disebabkan keadaan cuaca tidak menentu, banjir dan air bergenang yang tercemar.

    Nyamuk aedes (gambar) punca denggi, membiak dalam air bertakung seperti kontena dan beberapa tanaman termasuk pisang.

    Filipina telah mengisytiharkan ‘denggi epidemik kebangsaan’ dalam Ogos 2019 akibat peningkatan jumlah orang yang mati akibat penyakit itu di negara Asia Tenggara itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...