Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kembara Riuh Bah! rancakkan semula industri kraf Sabah

    KOTA KINABALU, 5 JUN – Kembara Riuh Bah! Keluarga Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini menjadi medan membantu usahawan industri kraf negeri ini merancakkan semula perniagaan mereka.

    Bagaikan memberi sinar di hujung terowong, rata-rata usahawan kraf ditemui Bernama menyifatkan program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi MyCreative Ventures itu, sebagai permulaan baik untuk menjana semula ekonomi selepas perniagaan mereka terjejas akibat pandemik COVID-19.

    Usahawan kraf Shazleen Saidi, 39, dari Pitas berkata program itu bukan hanya memberi peluang untuk menjana pendapatan, malah membantu meningkatkan jumlah pengikut di laman Instagram produknya.

    Beliau turut menyifatkan program itu sebagai ‘sangat gempak’ menerusi pengisian seperti persembahan seni dan muzik yang menampilkan artis-artis tempatan, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung.

    “Kehadiran pengunjung tidak putus dan mereka turut memeriahkan lagi kembara ini dengan mengunjungi setiap reruai disediakan di sini bagi melihat keunikan hasil kraftangan dan barangan lain.

    “Tidak dinafikan, sokongan daripada masyarakat sangat hebat kerana saya berjaya memperoleh anggaran hasil jualan sebulan iaitu RM3,000 hanya dalam masa dua hari sahaja menerusi penjualan pelbagai aksesori kraf tangan seperti anting-anting, gelang dan rantai,” katanya ketika ditemui pada program itu yang berakhir hari ini. – Bernama

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor (tiga kiri) diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kanan) pada perasmian program Riuh Bah! anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 3 Jun lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...