Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kementerian Kewangan semarakkan sambutan Israk Mikraj

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj bagi tahun 1443H/2022M, kelmarin secara maya.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman. 

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ceramah khas bertajuk ‘Memperingati Israk dan Mikraj pada zaman ini iaitu COVID-19’ yang disampaikan oleh Penolong Kaunselor, Jabatan Penjara, Awang Fariszal bin Ali.

    Majlis pada tahun ini diselenggarakan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan dan Unit Perundangan, yang mana ia merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan kementerian yang bertujuan untuk memperingati dan membesarkan peristiwa Israk dan Mikraj, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis Sambutan Israk Mikraj yang diadakan secara maya oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dimeriahkan dengan kehadiran Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin selaku tetamu kehormat, Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bersama warga kementerian tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...