Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kena 2 tahun persenda permaisuri

    BANGKOK, 12 SEPT – Sebuah mahkamah di Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang aktivis kerana didakwa menghina permaisuri negara itu dengan memakai pakaian tradisional Thai semasa demonstrasi reformasi monarki dua tahun lalu, menurut kumpulan bantuan undang-undang.

    Jatuporn ‘New’ Saeoueng memakai gaun merah jambu manakala rakan pembantah memegang payung di sampingnya ketika dia berjalan di permaidani merah dalam pertunjukan fesyen olok-olok diadakan di jalan pusat bandar Bangkok pada 29 Oktober 2020.

    Demonstrasi itu dikatakan menyamai satu pertunjukan fesyen diadakan oleh Puteri Sirivannavari Nariratana, anak Raja Maha Vajiralongkorn. Isteri Vajiralongkorn, Permaisuri Suthida berpakaian gaun elegan sutera bagi majlis rasmi dan awam. Kerabat diraja yang menghadiri majlis sering kali dipayungi oleh pengiring pada majlis-majlis seumpamanya.

    Kumpulan Thai Lawyers for Human Rights mengatakan Mahkamah Jenayah Bangkok pada awalnya menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas Jatuporn kerana mencabuli undang-undang lese majeste ini – yang menetapkan hukuman penjara tiga hingga 15 tahun jika menghina raja atau kerabat terdekat bagi setiap satu kesalahan – dan Akta Keselamatan Awam. Dia juga didenda 1,000 baht (AS$27.50). Hukuman bagaimanapun dikurangkan kepada dua tahun sahaja. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...