Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kenali Negara Kitani

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung dan mendapatkan maklumat mengenai produk dan pakej pelancongan domestik yang ditawarkan semasa Karnival Kenali Negara Kitani yang akan berlangsung di Pusat Insani Seria, bermula 25 November hingga 27 November ini.

    Karnival yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan bertujuan untuk mempromosikan kempen Kenali Negara Kitani. Ia sekali gus mempromosikan produk dan pakej pelancongan domestik yang ditawarkan oleh agensi pelancongan, perhotelan dan penyedia perkhidmatan pelancongan sebagai persediaan bagi cuti penggal persekolahan Disember.

    Karnival pada kali ini diadakan dengan kerjasama Darussalam Enterprise (DARe) yang akan mempromosikan pelbagai produk-produk tempatan di bawah inisiatif, Bruneian Made.

    Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik juga akan diadakan untuk para pengunjung termasuk permainan interaktif seperti charades, mix & match, permainan karnival, kuiz dan aktiviti mewarna.

    Oleh itu, orang ramai dialu-alukan hadir untuk menyokong industri pelancongan dan pengusaha mikro, kecil dan sederhana yang mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka di karnival tersebut.

    Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari laman sesawang, bruneitourism.com/knk atau Instagram @info.bruneitourism.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...