Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Terap nilai Islam

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Penerapan nilai-nilai Islam sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan terus dilaksanakan untuk mempromosikan pelancongan Islam sebagai salah satu titik penjualan unik bagi membezakan industri pelancongan Negara Brunei Darussalam dengan destinasi lain di rantau ini.

    Ke arah itu, Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan kerjasama Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah mengendalikan Latihan Nilai-nilai Islam bagi Perkhidmatan Pelanggan dalam empat sesi sejak September hingga November bagi industri pelancongan di Negara Brunei Darussalam.

    Seramai 96 orang peserta telah menyertai kursus latihan tersebut yang terdiri daripada kakitangan di Jabatan Kemajuan Pelancongan, penyelia-penyelia perkhidmatan pelancongan, agensi-agensi pelancongan, pemandu-pemandu pelancong, syarikat pengangkut iaitu teksi, DART dan bas serta perhotelan di mana setiap sesi berlangsung selama dua hari.

    Gambar ramai peserta yang berjaya menamatkan Latihan Nilai-nilai Islam bagi Perkhidmatan Pelanggan.
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...