Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kenny Rogers kembali ke Brunei

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Jenama francais antarabangsa yang memenangi anugerah, Kenny Rogers Roasters kembali semula ke Brunei dengan kedai utamanya dirasmikan di Pusat Membeli-belah Mid Valley, Jalan Masjid Salambigar, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan perasmiannya ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah dan isteri, Datin Roslina Ismail.

    Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Kenny Rogers Roasters Antarabangsa, Syaffiq Ali dalam ucapan alu-aluannya telah berkongsi sejarah jenama itu sejak penubuhannya pada 1991.

    “Jenama ini telah melalui pasang surut, tetapi masih mengekalkan kehadiran yang menonjol dalam industri makanan,” ujarnya. Mengulas mengenai kehadirannya di Brunei, beliau berkata ini merupakan kemasukan kedua mereka ke dalam pasaran.

    “Kami gembira kerana ramai sudah biasa dengan pengiktirafan jenama yang baik, terutamanya untuk ayam panggang rotisserie kami,” tambahnya.

    TYT Dato’ Raja Reza bersama-sama memotong ayam bagi melancarkan Kenny Rogers Roasters. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Manakala itu, TYT Dato’ Raja Reza pula berkata, “Di Malaysia, Kenny Rogers Roasters sentiasa menjadi kegemaran saya. Sekarang, saya berbesar hati apabila melihatnya kembali ke Brunei, memajukan lagi persahabatan dan perkongsian yang erat antara kedua-dua negara sahabat.”

    Acara kemuncak adalah upacara tradisional mereka iaitu memotong ayam oleh tetamu kehormat bersama Syaffiq dan Pengurus Pemasaran Kenny Rogers Roasters Brunei, Bazilah Isnan sebagai tanda perasmian.

    Kali ini, restoran berkenaan kembali dengan wajah, menu dan rasa baharu untuk menggoda deria rasa pelanggan di Brunei.

    Tema restoran yang disegarkan juga sesuai untuk Instagram bagi mereka yang mencari tempat yang bergaya untuk makan di luar.

    Menariknya, Kenny Rogers Roasters menawarkan Nasi Lemak tanpa santan dan ayam rangup, tidak digoreng, yang lazat dan menyihatkan.

    Turut tersedia dalam menu adalah hidangan Signature Roasted Chicken dengan sos berperisa, dan mereka datang dengan pelbagai hidangan sampingan untuk dipilih yang memastikan pelanggan tidak pernah merasa bosan dengan pilihan menu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...