Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kepentingan ICT untuk masa hadapan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediakan perkhidmatan ICT yang terbaik dalam pasaran, imagine mengetengahkan portfolio produk terkini kepada pihak-pihak yang berkepentingan daripada pelbagai industri dalam Persidangan Step-Up yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, hari ini.

    Menerusi acara yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta berkenaan, ia mengetengahkan produk-produk terkini yang bermatlamat untuk mengukuhkan lagi operasi pihak yang berkepentingan melalui penyelesaian bersedia untuk masa depan.

    Persidangan itu menyaksikan pembentangan dan penerangan mengenai rakan-rakan kongsi terbaharu imagine yang mempunyai keberadaan tempatan iaitu Ulap Networks Sdn Bhd, NCS Telco+ dan Beyond Tomorrow Sdn Bhd, yang memberikan gambaran mengenai perkembangan teknologi terkini dengan menumpukan kepada potensi 5G dan Internet of Things (IoT) serta penyelesaian pemantauan produktiviti yang mempromosikan kecekapan operasi.

    Dalam kata alu-aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif imagine, Dayang Suzannawati binti Haji Suharju menyatakan bahawa kerjasama imagine di peringkat tempatan dan serantau merupakan kerjasama bernilai yang berpemikiran ke hadapan dan selaras dengan visinya untuk memajukan perniagaan dan masyarakat menuju ke masa hadapan.

    “Kami menawarkan kemungkinan yang tidak berkesudahan untuk menyokong pelbagai industri yang beroperasi di Brunei Darussalam,” ujarnya.

    Dayang Suzannawati menyatakan, mereka percaya bahawa keberadaan mereka sebagai syarikat telekomunikasi pilihan memainkan peranan dalam pertumbuhan ICT di negara ini.

    Memetik Wawasan Brunei 2035, Dayang Suzannawati mengetengahkan komitmen imagine untuk menyokong visi dan misi kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terutamanya dengan melengkapkan ekosistem digital negara.

    Dengan membawa tema Membina Sebuah Masa Hadapan Berdaya Tahan Bersama, acara itu mengetengahkan pentingnya untuk bersedia bagi masa hadapan menerusi ICT dengan matlamat untuk meningkatkan interaksi perniagaan, mempromosikan kecekapan serta keberkesanan kos.

    Senarai kerjasama imagine yang semakin bertambah, termasuk beberapa rakan kongsi dalam rantau ini, dihasratkan untuk menyediakan organisasi Brunei, tanpa mengira saiz, akses kepada produk dan perkhidmatan ICT yang bukan sahaja tertumpu pada kesalinghubungan mudah alih dan jalur lebar.

    Dayang Suzannawati menyampaikan ucapan alu-aluannya semasa majlis berkenaan.
    Antara yang hadir semasa persidangan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...