Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Isu pemulihan ekonomi akan dibangkitkan

    BANGKOK, 9 NOV – Pemimpin-pemimpin ASEAN akan menga-dakan sidang kemuncak di ibu kota Kemboja esok, dan berdepan dengan cabaran untuk meredakan keganasan yang semakin memuncak di Myanmar di mana kerajaan pimpinan tentera negara itu tidak menunjukkan sebarang petanda mematuhi gesaan ASEAN untuk pelan damai.

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bersiap sedia untuk menghadiri sidang kemuncak ASEAN di Phnom Penh. Ia sebagai persediaan untuk mesyuarat Kumpulan G20 di Bali, Indonesia, yang bakal menyusul dan dijangka akan dihadiri oleh Presiden China, Xi Jinping dan kemungkinan Presiden Rusia, Vladimir Putin, kemudian diikuti dengan Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok.

    Mesyuarat selama empat hari di Myanmar dijangka akan memfokuskan perbalahan yang berterusan di Laut China Selatan, isu pemulihan pandemik, perdagangan serantau dan perubahan iklim.

    Xi dan Putin tidak dijangka untuk menghadiri mesyuarat ASEAN atau Sidang Kemuncak Timur Asia, namun China dan Rusia dilihat akan menghantar delegasi peringkat tinggi yang diketuai oleh Perdana Menteri, Li Keqiang dan kemungkinan kehadiran Menteri Luar, Sergey Lavrov.

    Antara perkara penting bagi ASEAN, G20 dan APEC ialah pencerobohan Rusia di Ukraine, kesan pencarian pasaran baharu bagi sumber tenaga Rusia, isu bekalan dan keselamatan makanan, serta ketegangan yang semakin memuncak di Semenanjung Korea. – AP

    Gambar fail bertarikh 13 Mei 2022 menunjukkan Joe Biden menyertai Sidang Kemuncak Khas AS-ASEAN di Jabatan Negara, Washington. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...