Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kerajaan Laos naikkan gaji minimum

    VIENTIANE, 17 JUN – Kerajaan Laos telah bersetuju untuk meningkatkan gaji minimum bulanan daripada 1,100,000 kip (kira-kira AS$72) kepada 1,300,000 kip (kira-kira AS$86) bagi kakitangan sektor swasta dalam usaha untuk mengikuti kenaikan kos sara hidup.

    Peningkatan itu akan berkuat kuasa pada Ogos, dan akan membantu berjuta-juta orang yang bergelut untuk hidup semasa kemerosotan ekonomi semasa, yang mengakibatkan harga-harga melambung.

    Menurut laporan Vientiane Times harian tempatan pada Jumaat, kenaikan gaji berkenaan dicadangkan oleh Menteri Buruh dan Kesejahteraan Sosial dan diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada Isnin.

    Kenaikan gaji berkenaan tidak termasuk bagi pegawai-pegawai kerajaan, yang dibayar menerusi skala gaji berbeza.

    Pengumuman itu mengarahkan para pemilik kilang pakaian dan lain-lain di Laos untuk menguatkuasakan gaji minimum baharu berkenaan.

    Majikan-majikan akan diambil tindakan undang-undang jika mereka gagal membayar pekerja pada kadar gaji minimum berkenaan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...