Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kes cacar monyet catat penurunan 21 peratus

    GENEVA, 25 OGOS – Jumlah kes cacar monyet yang dilaporkan di seluruh dunia menurun sebanyak 21 peratus pada minggu lalu, iaitu trend jangkitan dalam tempoh sebulan dan kemungkinan isyarat wabak di Eropah mungkin mula menurun, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

    Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu melaporkan 5,907 kes baharu mingguan dan menyatakan dua negara iaitu Iran dan Indonesia telah melaporkan kes pertama mereka. Sehingga kini, lebih 45,000 kes telah dilaporkan di 98 negara sejak akhir bulan April lalu.

    Kes di benua Amerika menyumbang 60 peratus daripada kes pada bulan lalu, kata WHO, manakala kes di Eropah merangkumi kira-kira 38 peratus. Ia juga mendedahkan jangkitan di Amerika menunjukkan peningkatan yang berterusan.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika hari ini berkata benua itu mempunyai 219 kes baharu yang dilaporkan pada minggu lalu, peningkatan sebanyak 54 peratus.

    Pada awal bulan Julai lalu, hanya beberapa minggu sebelum agensi itu mengisytiharkan penyebaran penyakit antarabangsa sebagai kecemasan global, pengarah WHO Eropah berkata negara di rantau itu menyumbang kepada 90 peratus daripada semua kes cacar monyet yang disahkan oleh makmal.

    Pihak berkuasa kesihatan Britain berkata minggu lalu selepas melihat penurunan dalam jumlah kes baharu yang dilaporkan setiap hari bahawa terdapat tanda-tanda awal wabak cacar monyet negara itu semakin perlahan.

    Cacar monyet biasanya tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit atau kulit ke mulut dengan luka pesakit yang dijangkiti untuk merebak. Orang ramai juga boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan pakaian atau cadar seseorang yang mempunyai luka cacar monyet. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...