Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kes COVID di Perancis kembali meningkat

    PARIS, 11 MAC – Agensi kesihatan kebangsaan Perancis kelmarin melaporkan 74,818 kes baharu jangkitan COVID dalam tempoh 24 jam lepas, peningkatan mendadak berbanding hari sebelumnya, lapor Xinhua.

    Bagaimanapun, jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dalam tempoh itu menurun daripada 2,231 kepada 1,928.

    Jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital juga menurun daripada 23,175 kepada 21,287 orang.

    Kadar jangkitan dijangka meningkat sebanyak 50 hingga 130 peratus berbanding bulan sebelumnya, selepas kerajaan melonggarkan sekatan COVID bermula 14 Mac, menurut analisis Institut Pasteur.

    Kes COVID-19 setiap hari boleh melebihi 100,000 pada bulan Mac, tambah institut itu.

    Pakar Penyakit Berjangkit, Benjamin Davido di Hospital Raymond-Poincare de Garches memberitahu saluran berita Perancis BFMTV bahawa kelonggaran sekatan kesihatan akan menyumbang “kepada lonjakan kes jangkitan”.

    Kerajaan Perancis telah mengumumkan bermula 14 Mac, rakyat tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka di kawasan tertutup, kecuali dalam pengangkutan awam dan pusat kesihatan.

    Pas vaksin juga tidak lagi diperlukan di kebanyakan tempat awam, kecuali hospital, rumah persaraan dan pusat jagaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...