Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kes pecah amanah ditangguh

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Mahkamah Perantaraan hari ini telah menangguhkan kes pertuduhan pecah amanah terhadap seorang penolong penguasa kastam.

    Peguam Bela Wafa Mohamad dari Messrs Ridzlan & Co memohon pihak pendakwaan memberikan semua dokumen dan masa untuk meneliti dokumen yang telah disediakan baru-baru ini, dalam kes yang mendakwa ASC Suyati binti Haji Ahmad Besar, 50, dalam tiga pertuduhan jenayah pecah amanah oleh penjawat awam. Hakim Radin Safiee Radin Mas Basiuni menetapkan 29 Mac depan untuk sebutan lanjut kes.

    Pertuduhan Pendakwa Shamshuddin Haji Kamaluddin yang dibuat berdasarkan siasatan Biro Mencegah Rasuah mendakwa bahawa ASC Suyati semasa dia bertugas di Unit Kewangan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) sebagai ketua kewangan, telah menyalahgunakan sejumlah $982,349.12 dalam bentuk tunai, bayaran lebih masa, mileage dan tuntutan elaun syif yang dibuat oleh pegawai-pegawai di JKED.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...