Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Khairul Anwar calon Ketua Kampung Rataie

    TEMBURONG, 9 JAN – Seramai 76 orang daripada pengundi yang berdaftar dan layak mengundi telah bersetuju manakala itu dua tidak bersetuju dalam Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Rataie, Mukim Bokok.

    Majlis pengundian dan pemilihan telah diadakan secara pandu lalu di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok, Daerah Temburong, hari ini, untuk pengundian menggunakan kaedah tablet dan kertas undi manakala itu, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah bermula pada 7 Januari lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Daerah Temburong, 16 orang telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK, 17 orang mengundi menggunakan tablet dan selebihnya seramai 45 orang menggunakan kertas undi.

    Calon tunggal yang layak bagi mengisikan kekosongan jawatan ketua Kampung Rataie ialah Awang Khairul Anwar bin Haji Juma’at berusia 34 tahun pada tarikh pencalonan dan ketika ini bertugas sebagai pengawal keselamatan di Setia Protective Services Sdn Bhd.

    Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung akan dihadapkan kepada Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.

    Hadir semasa majlis pengundian berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.

    Juga menghadiri acara ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu selaku pengerusi-pengerusi bersama majlis.

    Turut hadir ialah Ketua Bahagian Kuasa-kuasa Tempatan dan Perpaduan (daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pemangku penolong pegawai daerah, pegawai daripada KHEDN serta ketua kampung dan pemangku ketua kampung, Daerah Temburong.

    Yang Berhormat Haji Emran bergambar bersama para pegawai KHEDN dalam Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Rataie, Mukim Bokok baru-baru ini. – Gambar oleh Noorhamizan HM Mosbi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...