Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kiribati keluar dari blok Pasifik

    SUVA, FIJI, 11 JULAI – Kiribati telah keluar dari blok utama negara-negara kepulauan Pasifik, memecahbelahkan kumpulan itu ketika para pemimpinnya melancarkan sidang kemuncak untuk menangani air laut yang semakin meningkat dan cita-cita keselamatan China di rantau itu.

    Negara tengah Pasifik mempunyai 120,000 penduduk itu berkata ia telah mengambil ‘keputusan terbaik’ untuk berundur dari Forum Kepulauan Pasifik berpangkalan di Fiji ‘dengan serta-merta’.

    Dalam surat bertarikh 9 Julai yang diperolehi oleh AFP, Presiden Kiribati, Taneti Maamau memetik kegagalan forum itu dalam menghormati ‘perjanjian tidak rasmi’ bagi melantik seorang calon Mikronesia untuk mengetuai sekretariat itu.

    Pertikaian itu telah membawa kepada satu ancaman daripada negara Mikronesia untuk meninggalkan blok itu namun ia memperbaiki hubungan dengan satu perjanjian bulan lalu untuk menggalas giliran kerja tertinggi, yang dijangka dibincangkan pada sidang 12 hingga 14 Julai ini. – AFP

    Pesawat Airbus A330-200 Fiji di lapangan terbang Nadi pada 11 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...