Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kit diluluskan boleh kesan varian Omicron

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Kit ujian pantas antigen (ART) yang diluluskan di Negara Brunei Darussalam menunjukkan lebih 90 peratus dapat mengesan varian-varian COVID-19 termasuk varian Omicron.

    Sehubungan itu, orang ramai disarankan supaya tidak perlu risau mengenai keraguan keputusan yang diperoleh namun dalam hal ini pentingnya bagi masyarakat mengetahui akan kaedah dan cara penggunaan ujian melalui ART mahu pun PCR.

    Perkara tersebut telah ditekankan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar memandangkan kerisauan orang awam mengenai kesahihan keputusan ujian ART yang dilaksanakan secara persendirian khususnya bagi mereka yang mempunyai kontak-kontak positif, pada sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Jelasnya, secara ringkas, PCR boleh mengesan jika partikel virus itu dalam 50,000 manakala ART boleh mengesan kurang lebih 100,000 partikel virus.

    “Kalau seseorang memiliki kontak yang positif maka mereka diperlukan untuk mengikuti tempoh kuarantin selama lima hari iaitu sekiranya pada hari pertama didapati negatif setelah menjalankan ujian ART namun mereka juga dikehendaki untuk menjalani ujian pada hari kelima bagi menentukan kesahihan jangkitannya,” tekannya.

    Yang Berhormat Dato turut menambah bahawa pendekatan sedemikian perlu dijalankan dan dipantau untuk menentukan kesahihannya dengan lebih baik berbanding terus melakukan PCR.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...