Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    17 juta pelajar Vietnam kembali ke sekolah

    HANOI,7 FEB – Kira-kira 17 juta pelajar di seluruh Vietnam dijangka kembali ke sekolah dalam masa beberapa minggu akan datang, bermula Isnin selepas pembelajaran online berpanjangan kerana COVID-19, menurut Kementerian Pendidikan dan Latihan.

    Semua 63 buah bandar dan wilayah Vietnam akan menyambung semula pembelajaran bersemuka bagi pelajar sekolah rendah dan menengah pada 14 Februari, akhbar online tempatan milik kerajaan, Chinhpu memetik kenyataan kementerian itu hari ini.

    Dalam pada itu, 60 daerah akan membuka semula sekolah tadika dan sekolah rendah dalam Februari. Semua universiti dan kolej juga akan menyaksikan pelajar kembali ke kelas bulan ini, menurut laporan.

    Di Hanoi, ibu negara Vietnam, yang ketika ini merupakan kawasan titik panas COVID-19, pembelajaran bersemuka akan disambung bermula Khamis bagi pelajar darjah 1 sehingga enam di 18 sub-daerah dan bandar, agensi berita Vietnam melaporkan.

    Pelajar darjah 1 sehingga 6 di 12 lagi daerah pinggir bandar dan kawasan berisiko tinggi akan terus belajar online, manakala pelajar tadika akan kekal di rumah, kata agensi itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...