Wednesday, May 8, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Kitaro antara artis yang akan meriahkan RWMF 2024

    Acara tahunan Rainforest World Music Festival (RWMF) edisi ke-27 akan kembali memeriahkan suasana di Kampung Budaya Sarawak di sini dari 28 hingga 30 Jun ini dengan tema ‘Evolusi’.

    Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata artis legenda yang pernah memenangi anugerah Grammy dan Golden Globe, Kitaro adalah antara yang akan untuk membuat persembahan di festival itu nanti.

    “Artis yang terkenal dengan muzik instrumental elektronik itu menjanjikan satu persembahan yang memukau lagi mempesonakan bagi penampilan sulungnya di festival ini.

    “Kitaro sering dianggap sebagai salah seorang artis yang menampilkan persembahan muzik paling menonjol dalam muzik era baharu. Dia boleh bermain kira-kira 50 alat muzik dan mempunyai koleksi alat muzik tradisional yang banyak dari seluruh dunia,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran RWMF 2024 di sini hari ini.

    Selain Kitaro, artis yang akan turut memeriahkan lagi RWMF tahun ini ialah Datuk Zainal Abidin yang terkenal dengan lagu hitnya ‘Hijau’ sejak lebih tiga dekad. – Bernama

    Kitaro tiba di permaidani merah untuk Anugerah Grammy ke-56 di Staples Center di Los Angeles, California. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...