Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Aiman Hakim diminta padam gambar cium isterinya

    Tindakan pelakon Aiman Hakim Ridza berkongsi gambar bercium bersama isteri iaitu Zahirah MacWilson mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

    Memetik laporan mStar, ramai berpandangan gambar mesra tersebut bukan satu kesalahan tapi ia tidak sepatutnya dipaparkan kepada umum.

    Ada di antara mereka juga bimbang jika ada pihak tertentu akan berasa ‘panas’ melihat aksi mesra mereka dan akan ‘meroyan’ di media sosial.

    “Gambar terakhir itu boleh padam kalau tidak mahu tambah dosa.

    “Ada orang akan meroyan kalau tengok gambar itu. Ada yang ‘panas’ tapi bukan api.

    “Jaga-jaga ada yang memerhati, mentang-mentang dah tak duduk Malaysia,” komen netizen.

    Menerusi hantaran di Instagram, Aiman, 35, berkongsi gambar mesranya bersama Zahirah dan anak sulung mereka ketika melawat ke sebuah ladang di Australia.

    Bagaimanapun, gambar terakhir yang dimuat naik memaparkan mereka saling bercium di ladang berkenaan.

    Difahamkan ia sebagai tanda kenangan mereka bertiga sebelum Zahirah melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

    “Detik terakhir tiga bersama,” tulisnya di ruangan kapsyen.

    Sebelum ini, Aiman dan Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan dalam sebuah majlis gender reveal.

    Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun. – Agensi

    Aiman dan Zahirah bersama anak mereka ambil angin di ladang. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...