Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    KLIA, KLIA2 sedia terima pengembara

    SEPANG, 31 MAC – Pintu masuk utama Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersedia pada tahap tertinggi untuk me-nerima kedatangan serta mengendalikan pesawat dan pengembara sempena pembukaan semula sempadan negara, esok.

    Tinjauan Bernama di terminal utama KLIA dan klia2 hari ini mendapati petugas di lapangan terbang itu sedang membuat persiapan rapi termasuk aspek penguatkuasaan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan keselamatan.

    Premis-premis perniagaan seperti restoran, restoran makanan segera, kedai serbaneka, kedai cenderahati dan kedai coklat juga kelihatan beroperasi pada kapasiti penuh.

    Kedengaran peringatan pematuhan SOP dan amaran mengenai ‘ulat teksi’ dilakukan melalui sistem pembesar suara secara berkala.

    Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Malaysia Airports Holdings Bhd, Nik Anis Nik Zakaria berkata jumlah penerbangan yang tiba dan berlepas dari KLIA akan dimaklumkan secara rasmi esok.

    “Ketika ini kami sedang menyusun atur dan mendapatkan maklumat daripada semua syarikat penerbangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    AirAsia, antara syarikat penerbangan utama di klia2, memaklumkan terdapat 12 penerbangan antarabangsa yang dikendalikannya esok iaitu dari Kemboja, Vietnam, Indonesia, Singapura, Thailand, Bangladesh, Filipina dan India.

    Penerbangan antarabangsa AirAsia pertama yang akan mendarat di klia2 esok ialah AK52 dari Bengaluru, India pada kira-kira 6:20 pagi waktu tempatan.

    Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara dibuka semula pada 1 April selari dengan perancangan negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

    Penolong penyelia Fidani Factory, Azwana Mohamad berkata kedai menjual coklat di klia2 juga telah menambah bilangan pekerja untuk menampung jangkaan pertambahan pengunjung. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...