Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Klinik Nasihat Undang-undang percuma pada 24 September depan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Sebagai komitmen bulanannya kepada masyarakat, Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Klinik Nasihat Undang-undang secara percuma berkaitan hal-hal sivil dan jenayah.

    Ia akan dilaksanakan di bangunan Mahkamah Rendah dan Undang-undang, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Batu Satu bermula pukul 9 pagi pada 24 September depan.

    Antara tujuan klinik undang-undang berkenaan diadakan adalah untuk memberi khidmat nasihat guaman percuma kepada orang ramai yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan tersebut disebabkan pendapatan yang terhad.

    Ia akan diberikan atas dasar yang dahulu didahulukan.

    Syarat-syarat untuk mendapatkan khidmat percuma berkenaan adalah mereka tidak boleh diwakili oleh mana-mana firma guaman, mesti menyediakan salinan kad pengenalan keluaran Brunei dan bukti alamat kediaman semasa, dan mempunyai pendapatan atau elaun kurang daripada $1,500 sebulan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...