Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Klopp tepis kecaman terhadap Nunez

    SINGAPURA, 15 JULAI – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kelmarin mentertawakan komen lampau mengenai keengganannya membuat perbelanjaan besar untuk mendapatkan seorang pemain sekali gus mempertahankan pembelian terbesar pemain kelab itu, Darwin Nunez dari Benfica daripada kecaman ramai.

    Bercakap di Singapura menjelang perlawanan persahabatan pramusim menentang Crystal Palace hari ini, pengurus Anfield itu diingatkan oleh wartawan mengenai komennya pada 2018 di mana dia berkata dia tidak mahu membelanjakan $100 juta pound untuk mendapatkan seorang pemain.

    Peminat telah mempersendakan keputusan pengurus dari Jerman itu selepas kelabnya mempersetujui perjanjian bersama Benfica untuk mendapatkan penyerang Uruguay, Nunez yang ditandatangani dengan nilai $85 juta pound termasuk yuran tambahan.

    Klopp, walau bagaimanapun, mentertawakan soalan itu dan menjelaskan bahawa pasaran perpindahan telah berubah sejak dia membuat komen.

    Nunez pada masa sama dihujani dengan kecam hebat di media sosial selepas mempamerkan persembahan longlai dalam perlawanan pertamanya untuk Liverpool, selepas gagal membuat jaringan dalam peluang terbuka ketika tewas 4-0 kepada Manchester United di Bangkok pada Selasa lalu.

    Mengetahui hal tersebut, Klopp menolak semua kritikan dan menyatakan ia tidak adil serta memberi dorongan kepada Nunez agar tampil lebih baik bersama The Reds.

    “Apa yang penting ialah bagaimana saya menilai keadaan dan saya tidak boleh lebih tenang atau yakin sepenuhnya tentang potensinya,” jelas Klopp.

    Dia juga memperkecilkan kekalahan besar kepada musuh ketat United, menegaskan bahawa tumpuannya bukan pada keputusan tetapi untuk menyediakan pemainnya untuk permulaan musim baru.

    “Adakah saya suka tewas 4-0 menentang Man United? Tidak sama sekali tetapi kami tidak boleh menilai pramusim kami dengan hanya bermain dengan baik dalam perlawanan,” katanya. – AFP

    Reaksi Jurgen Klopp semasa menghadiri sidang akhbar di Stadium Nasional di Singapura kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...