Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kluster kelab, Beijing ketatkan kawalan semula

    BEIJING, 13 JUN – Beijing memulakan pusingan baharu ujian besar-besaran di daerah paling ramai penduduknya hari ini selepas penularan merebak pantas dikaitkan dengan sebuah kelab hingga menyebabkan peraturan COVID kembali diketatkan semula di bandar itu.

    China tetap komited dengan strategi sifar COVID, menghapuskan kes-kes baharu bersama beberapa sekatan pergerakan, ujian besar-besaran dan kuarantin panjang.

    Namun strategi itu telah mengatasi hadnya oleh varian Omicron yang pantas merebak, ketika Beijing dan Shanghai menyaksikan kluster baharu beberapa hari selepas melonggarkan kawalan seperti sekatan pergerakan, penutupan pejabat dan restoran.

    Seorang penduduk Beijing yang dikesan berparti malam pada minggu lalu telah menyebabkan pembukaan bandar itu menjadi huru-hara, mendorong pihak berkuasa menutup kawasan kelab malam di daerah perbandaran Chaoyang beberapa hari selepas ia dibuka semula Isnin lalu.

    Penduduk itu yang tidak menjalani ujian selama 14 hari, pergi ke beberapa kelab di Chaoyang sebelum dan selepas mengalami demam.

    Kakitangan kesihatan mengambil sampel swab daripada seorang lelaki yang menjalani ujian COVID di pusat swab di Beijing pada 13 Jun. – AFP

    Penularan berpunca dari kelab Heaven Supermarket telah menjangkiti sekitar 183 orang di 15 daerah setakat ini.

    Kluster itu ‘tiba bersama momentum ganas dan kesukaran untuk mencegah dan pengawalannya sangat besar,’ kata jurucakap kerajaan Beijing, Xu Hejian kepada wartawan kelmarin.

    Daerah Chaoyang – lokasi kedai-kedai mewah, firma multinasional dan kedutaan – memulakan kempen ujian tiga hari kepada semua 3.5 juta penduduknya dan menutup beberapa kawasan kediaman dan gedung pada hujung minggu.

    “Saya sangat bimbang meskipun saya tidak sering minum di kelab itu,” kata kakitangan pentadbiran berusia 22 tahun, Wang Yuqi kepada AFP.

    “Malah selepas restoran dibuka semula pada 6 Jun, hampir setiap masa saya hanya berada di rumah dan memasak makanan saya sendiri ketika tidak bekerja,” katanya lagi.

    Pegawai kawalan penyakit Beijing berkata kelmarin, kes-kes baharu berkaitan kluster kelab itu masih lagi menular.

    Semua acara sukan telah dibatalkan dan rancangan untuk kebanyakan kanak-kanak kembali ke sekolah hari ini sudah pun dibatalkan.

    Kebanyakan kelab yang masih dibuka kini mengenakan had kapasiti.

    Universal Resort di Beijing juga ditangguhkan rancangan pembukaannya pada 15 Jun ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...