Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Komen Gigi Hadid cetus spekulasi Rihanna hamil anak kembar

    Gara-gara komen yang ditinggalkan model Gigi Hadid, warganet mula membuat andaian penyanyi Rihanna bakal menimang cahaya mata kembar.

    Gigi menulis komen mengatakan tiga bidadari di foto Rihanna yang memperlihatkan ‘baby bump’ di Instagram.

    “Three angels (tiga bidadari),” tulis Gigi.

    Bagaimanapun, Gigi dengan pantas membetulkan tanggapan warganet dengan mengatakan komen tersebut ditujukan kepada Rihanna dan anak dalam kandungannya.

    “Saya tertangkap disebabkan komen tersebut. Maksud saya, Rih/ Rocky/ baby,” kata Gigi.
    Isnin lalu, Rihanna akhirnya semakin terbuka berkongsi menayangkan kehamilannya menerusi gambar yang tular.

    Penyanyi lagu Umbrella itu dan kekasihnya iaitu rapper A$AP Rocky dilihat menjalani sesi fotografi di sebuah jalan di bandar New York, Amerika Syarikat.

    Rihanna hanya memakai jaket berwarna merah jambu dan tidak menutup bahagian perut sehingga menampakkan baby bump.

    Pasangan ini berkawan sejak 2010 dan mereka dikatakan mula rapat sebagai pasangan sekitar November 2020 selepas Rihanna berpisah dengan bekas kekasih, Hassan Jameel.
    Cerita tentang kehamilan Rihanna sudah diperkatakan sejak Disember tahun lalu apabila peminat mula sedar akan perubahan pada bentuk tubuhnya. – Agensi

    Gara-gara komen Gigi Hadid, warganet mula membuat andaian Rihanna bakal menimang cahaya mata kembar. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...