Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    ‘Tepat seperti PCR tetapi hanya 4 minit’

    BEIJING, 8 FEB – Sekumpulan saintis China mengatakan telah membangunkan ujian koronavirus baharu lebih tepat seperti ujian PCR di makmal, tetapi memberi keputusan lebih pantas dalam masa empat minit.

    Ujian PCR yang digunakan secara meluas, dianggap paling tepat lagi sensitif untuk mengesan virus yang menyebabkan COVID-19, namun ia juga biasanya mengambil masa beberapa jam.

    Beberapa negara mengalami tunggakan keputusan ujian yang tinggi dalam menghadapi peningkatan ujian swab.

    Bagaimanapun, sekumpulan penyelidik dari Universiti Fudan di Shanghai mengesahkan mempunyai penyelesaian terhadap masalah itu.

    Dalam jurnal Kejuruteraan Bio-Perubatan Semula Jadi semalam, pasukan itu berkata sensor alat itu – yang menggunakan mikroelektronik untuk menganalisis bahan genetik daripada calitan (swab) – boleh mengurangkan keperluan untuk ujian makmal COVID-19 yang memakan masa.

    Seorang wanita menjalani swab di Hong Kong pada 8 Februari. Sekumpulan saintis China telah mencipta kit ujian lebih pantas seperti PCR yang boleh memberi keputusannya dalam masa empat minit. – AFP

    “Kita memasang biosensor elektro mekanikal untuk pengesanan SARS-CoV-2 ke dalam peranti prototaip bersepadu yang mudah alih dan menunjukkan ia berupaya mengesan virus dalam masa kurang empat minit,” menurut pasukan itu merujuk kepada nama khas patogen COVID-19.

    Penyelidik berkata, kaedah mereka itu menawarkan kelajuan, kemudahan operasi, kepekaan tinggi dan mudah alih.

    Percubaan mereka membabitkan pengambilan sampel daripada 33 orang di Shanghai yang dijangkiti COVID-19 dengan ujian PCR dijalankan secara selari.

    Menurut artikel itu, keputusan daripada kaedah mereka adalah padanan ‘sempurna’ dengan ujian PCR.

    Kajian mereka melibatkan ujian kaedah baharu terhadap 54 sampel, termasuk orang yang demam tetapi tidak mempunyai COVID-19, mereka yang mempunyai influenza dan sukarelawan yang sihat.

    Mereka mengesahkan keputusan itu tidak memaparkan sebarang kesilapan.

    Penyelidik Fudan berkata sebaik saja dibangunkan, peranti ujian itu boleh digunakan untuk ujian pantas dalam pelbagai keadaan, termasuk di lapangan terbang, kemudahan kesihatan, malah di rumah.

    Ujian PCR bukan saja perlahan, malah turut memerlukan infrastruktur makmal canggih, yang terhad di kebanyakan negara, sekali gus mengurangkan bilangan kes yang boleh dikendalikan setiap hari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...