Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kompleks Sukan Mumong bakal dinaiktaraf

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) pada masa ini, dalam proses menaik taraf dan menambah baik prasarana-prasarana sukan utama secara berfasa atau berperingkat-peringkat di bawah peruntukan Rancangan Kemajuan Negara (RKN) ke-11 dan ke-12 yang akan datang.

    Sehubungan itu, Kompleks Sukan Mumong akan dinaikkan taraf dalam RKN-12 di mana antara penaikan taraf berkenaan termasuk padang bola sepak, balapan dan pentas utama serta lampu padang bola sepak.

    Penerangan itu dibuat oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad ketika menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann mengenai keadaan Kompleks Sukan Mumong dalam permesyuaratan MMN yang bersidang di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Di samping itu, tambahnya, pembinaan bangunan baharu iaitu kolam renang kanak-kanak, pentas utama bola sepak dan dewan khusus sukan seni bela diri juga akan dilaksanakan.

    KKBS juga merancang sebahagian tapak tanah Kompleks Sukan Mumong untuk dimajukan secara kerjasama awam-swasta (PPP). Sementara itu, mengulas mengenai perancangan penyediaan kemudahan lampu di Padang Arena Seria yang turut dikemukakan oleh Yang Berhormat Awang Mohammad, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menerangkan bahawa prasarana sukan akan terus dinaikkan taraf secara berfasa di mana pemasangan lampu berkenaan termasuk dalam senarai penaiktarafan dan pembaikan padang bola sepak dan balapan.

    “Selain daripada itu, pihak kementerian ini juga merancang sebahagian tapak tanah padang arena juga akan dimajukan secara PPP,” tambah beliau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...