Wednesday, May 1, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Konsert Justin Bieber ditunda

    Konsert Justin Bieber’s Justice World Tour yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Oktober ini ditunda ke satu tarikh lain.

    Menerusi kenyataan dikeluarkan penganjur iaitu AEG Present dan PR Worldwide, pembatalan konsert tersebut susulan pengumuman dibuat oleh Justin sebelum ini yang ingin memberi fokus kepada masalah kesihatan dihadapinya.

    “Pada 6 September lalu Justin mengumumkan dia mahu berehat daripada mengadakan konsert jelajah kerana faktor kesihatan.

    “Tarikh konsert kekal ditundakan. Jadul persembahan baharu pula bergantung kepada kekosongan tempat dan tarikh akan datang,” kata kenyataan tersebut.

    Awal September lalu, Justin memaklumkan dirinya kurang sihat selepas selesai membuat persembahan bersempena Rock in Brazil di Rio de Janeiro.

    “Kemudian pada 15 September dia sekali lagi membatalkan 12 tarikh persembahan.

    Bagaimanapun ketika itu, penganjuran konsert di Kuala Lumpur dan beberapa negara Asia Tenggara lain masih diteruskan mengikut jadual. – Agensi

    Bieber sebelum ini umumkan mahu berehat disebabkan masalah kesihatan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...