Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Korban rusuhan di penjara meningkat 20

    BANDARAYA MEXICO, 4 APRIL – Angka korban akibat rusuhan di penjara di bandar Turi, wilayah Azuay, Ecuador meningkat kepada 20 orang, lapor Sputnik memetik kenyataan rasmi pejabat presiden hari ini.

    “Kesemua mangsa telah dipindahkan ke pusat forensik Cuenca. Kami meminta rakyat untuk terus memantau keadaan terkini menerusi saluran rasmi,” menurut perkhidmatan komunikasi presiden di akaun Twitter.

    Rusuhan itu turut menyebabkan berlakunya letupan.

    Kejadian dipercayai berpunca apabila satu kumpulan banduan cuba untuk menguasai penjara itu, menurut pihak berkuasa tempatan.

    Menteri Dalam Negeri, Patricio Carillo berkata 1,000 anggota keselamatan dari pelbagai jabatan telah dikerah mengawal keadaan dan seluruh kemudahan itu kini di bawah kawalan kerajaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...