Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kovid: Saya bukan virus

    NEW DELHI, 7 JAN – Apa ada pada nama? Bagi pengasas syarikat perjalanan India yang baru ditubuhkan, Kovid Kapoor, ia telah menjadikannya satu sensasi dalam media sosial.

    Profil Twitter lelaki berusia 31 tahun itu mengesahkan: “Nama saya Kovid dan saya bukan virus.”

    Dia juga berseloroh mengatakan telah membuat perjalanan ke luar India buat pertama kali sejak permulaan pandemik ‘dan mendapati ramai yang terhibur dengan nama saya’.

    “Kunjungan ke luar negara masa depan pasti akan lebih menyeronokkan,” katanya dalam Twitter yang mendapat 40,000 tanda suka dan menerima 4,000 hantaran ulangan pada hari ini.

    Komen itu mencetuskan jenaka, mimik, mesej dan permintaan temu bual, sebagai hiburan ringan ketika Omicron menyaksikan lonjakan jangkitan di India.

    Gambar yang disiarkan pada 7 Januari menunjukkan Kovid Kapoor bersama botol minuman Corona. – AFP

    Kapoor turut bercanda mengatakan dirinya ‘Kovid positif sejak 1990’ dan menyiarkan gambar dirinya memegang botol bir Corona.

    “Saya Kovid mahu membuat banyak perjalanan,” usik pengasas bersama Holidify itu.

    Kovid sememangnya nama luar biasa di India yang bermaksud cendekiawan atau seorang individu terpelajar dalam Bahasa Hindi dan Sanskrit, dan huruf ‘d’ disebut dengan penekanan lebih lembut.

    “Ia adalah nama yang tidak akan dapat dilupakan dengan maksud yang indah.

    “Saya tidak akan mengubahnya,” katanya turut menambah, ibunya yang memilih nama tersebut sebelum dia dilahirkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...