Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Krisdayanti hantar anak masuk ‘sekolah kayangan’

    Nama Krisdayanti menjadi sebutan peminat selepas mendedahkan dia sanggup mengeluarkan kos yang tinggi untuk persekolahan dua anaknya iaitu Amora dan Kellen.

    Selain bayaran yuran yang mahal, fasiliti disediakan juga menarik perhatian warganet antaranya kemudahan kantin dengan menu pemakanan sihat.

    Umum mengetahui sekolah HighScope TB Simatupang di Jakarta itu merupakan antara institusi pendidikan terbaik dan diberi jolokan sekolah bangsawan oleh masyarakat setempat.

    Untuk pendidikan pra sekolah sahaja, ibu bapa perlu membayar sebanyak 10 juta Rupiah iaitu sekitar RM3,000 sebulan.

    Pelajar juga disediakan menu terbaik setiap hari dan pihak kantin memasak makanan tanpa menggunakan bahan-bahan perasa tambahan yang berbahaya untuk kanak-kanak.

    Semuanya disediakan menggunakan bahan segar dan dimasak pada hari yang sama.

    Malah, sekolah melarang penjualan makanan ringan.

    Walaupun membayar yuran mahal, pelajar tetap perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran dan mereka perlu membersihkan meja serta menghantar pinggan yang sudah digunakan ke ruangan khas. – Agensi

    Kris bersama suami serta dua anak-anak mereka. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...