Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Kubah masjid runtuh dalam kebakaran di Indonesia

    JAKARTA, 20 OKT – Kubah masjid besar di ibu kota Jakarta, Indonesia runtuh selepas insiden kebakaran, tanpa menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

    Rakaman video dramatik yang diperolehi AFP menunjukkan kepulan asap menyelubungi kubah berkenaan sementara api memusnahkan bahagian bawah Masjid Pusat Islam Jakarta, kelmarin.

    Beberapa orang pekerja pembinaan memeriksa kebakaran itu lebih dekat apabila kubah berkenaan runtuh, menyebabkan mereka melarikan diri.

    Masjid besar itu, terletak di dalam kompleks pusat Islam, sedang dalam proses pengubahsuaian.

    “Kami telah membincangkan kemungkinan meneruskan pengubahsuaian. Paling penting adalah kami dapat menggunakannya semula,” pemangku gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono, memberitahu Metro TV hari ini.

    Punca kebakaran, yang mengambil masa berjam-jam untuk dipadamkan, sedang disiasat tetapi polis berkata mereka percaya ia berpunca daripada percikan api yang terhasil apabila pekerja cuba memotong lapisan kalis air bagi kubah berkenaan. – AFP

    Gambar dari udara yang diambil kelmarin, menunjukkan tinggalan kubah masjid pusat

    Islam di Jakarta yang runtuh, selepas kebakaran pada 19 Oktober. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...