Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kunjungan muhibah eratkan hubungan Kelab Rotary

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 15 JUN – Dengan hasrat menjalin hubungan lebih erat di antara ahli dan kelab, Gabenor Daerah 2021-2022 Rotary Antarabangsa Daerah 3310 Dolly Yeap, telah mengadakan kunjungan muhibah ke Kelab Rotary Bandar Seri Begawan dan Kelab Rotary Belait pada minggu lalu.

    Ia adalah kali kedua beliau melawat negara ini, dengan lawatan kali terakhir pada 2017 apabila beliau dijemput untuk melancarkan kempen penanaman pokok yang diadakan sebagai sebahagian daripada Projek Pembasmian Polio bertujuan menambah kesedaran dan mengumpul dana untuk membasmi polio.

    Semasa pelancaran, sejumlah 300 anak pokok ditanam di Hutan Simpan Berakas dengan harapan projek tersebut dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon dan melindungi alam sekitar. Menurut Dolly, projek pembasmian polio merupakan salah satu tonggak utama Rotary Antarabangsa sebagai sebuah pertubuhan perkhidmatan kemanusiaan.

    “Kami semua berasa bangga mengetahui kami telah berganding bahu untuk mencapai matlamat ini untuk semua kanak-kanak di dunia, yang tidak mungkin dicapai tanpa sokongan semua.”

    Mengiringi Gabenor Daerah semasa kunjungan muhibah beliau ke negara ialah Penolong Gabenor, Clement Yong: Penasihat, Ricky Ng; Bakal Presiden, Betty Wong dan ahli Kelab Rotary Bandar Seri Begawan, Onn Khai Hau.

    Dolly Yeap melawat pokok yang ditanamnya lima tahun lalu. – Gambar serahan Rotary BSB dan Rotary Belait
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...