Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Liverpool tundukkan Wolves

    LONDON, 18 JAN – Jurgen Klopp berkata dia mendapat reaksi yang dimahukannya selepas jaringan hebat Harvey Elliott meletakkan Liverpool kembali ke landasan yang betul dengan kemenangan 1-0 ke atas Wolves pada perlawanan timbal balik pusingan ketiga Piala FA, kelmarin.

    Skuad kendalian Klopp mendapat kritikan pedas selepas tewas dalam dua perlawanan terakhir di Liga Perdana Inggeris menentang Brighton dan Brentford.

    Tetapi rembatan jarak jauh yang memukau daripada Elliot pada separuh masa pertama di Molineux memastikan kemenangan pertama yang amat diperlukan dalam empat perlawanan di semua kejohanan.

    Dengan kemenangan tersebut, Liverpool akan membuat kunjungan ke Brighton untuk pertemuan pusingan keempat.

    Kekalahan mengejut 3-0 The Reds di Brighton pada Sabtu lalu menyebabkan mereka jatuh di kedudukan kesembilan di Liga Perdana Inggeris, ketinggalan 10 mata dari kedudukan empat teratas.

    Reaksi Harvey Elliott meraikan kemenangan selepas perlawanan timbal balik pusingan ketiga Piala FA. – AP

    “Ia terasa seperti sudah lama kami tidak merasai perasaan, di mana kami memenangi perlawanan dan bermain dengan baik,” kata Klopp.

    “Kami bermain pada separuh masa pertama yang sangat baik. Ia merupakan reaksi yang kami mahu lihat daripada diri kami sendiri dan pemain-pemain yang diturunkan.

    “Jaringan itu luar biasa, saya mempunyai beberapa pemain terbaik perlawanan hari ini, cuma yang laintidak menjaringkan gol.”

    Selepas kekalahan yang memalukan itu, pengendali Liverpool itu berkata pasukannya yang sedang bergelut perlu ‘kembali kepada asas’.

    Di tengah-tengah persoalan yang semakin meningkat mengenai masa depan Klopp sendiri di Anfield, jurulatih Jerman itu mendakwa minggu ini bahawa dia tidak akan meninggalkan kelab itu melainkan dia dipaksa dan membayangkan perubahan dalam skuadnya pada musim panas. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...