Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kvitova mara ke separuh akhir

    MIAMI GARDENS, AMERIKA SYARIKAT, 31 MAC – Petra Kvitova mara ke separuh akhir Terbuka Miami buat kali pertama dengan kemenangan 6-4, 3-6, 6-3 ke atas Ekaterina Alexandrova semalam.

    Kvitova dari Czech, juara Wimbledon dua kali itu, akan menentang pemain Romania, Sorana Cirstea pada pusingan empat terakhir hari ini manakala Jessica Pegula dari Amerika Syarikat (AS) akan menentang Elena Rybakina pada separuh awal pembukaan pada Khamis nanti.

    Kvitova menguasai set pertama, dalam perlawanan yang ditangguhkan kerana hujan pada Rabu lalu, selepas mematahkan servis kedua Alexandrova tetapi pemain Rusia itu bangkit semula dengan baik.

    Kvitova, ranking ke-12 dunia, menahan empat mata penamat pada kedudukan 2-2 tetapi akhirnya kehilangan servis pada 4-2 dan Alexandrova mengekalkan servisnya untuk memaksa set ketiga.

    Perlawanan berlangsung dengan sengit sehingga Kvitova yang berusia 33 tahun itu melakukan break yang menentukan rentak mendahului 5-3 dan kemudian mengakhiri perlawanan itu sekali gus meluahkan kegembiraannya.

    “Saya perlu katakan ia sukar, pastinya, terutamanya dari segi mental. Ekaterina bermain hebat. Saya akan katakan dia benar-benar memukul bola dengan cemerlang dan benar-benar sukar untuk menghadapi beberapa servisnya. “Saya gembira kerana servis saya cukup membantu pada detik-detik penting, terutamanya pada set ketiga,” katanya. – AFP

    Petra Kvitova meraikan kemenangan semasa suku akhir Terbuka Miami di Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...