Monday, May 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Lagi dua buah kereta rentung

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Dua buah kereta musnah manakala sebuah kereta lagi jenis hatchback mengalami kerosakan di bahagian pintu sebelah kiri dan bonet dalam insiden kebakaran kereta di Kampung Bengkurong pada awal pagi, 26 Jun lalu.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) dalam kenyataannya, menyatakan enam anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan, Cawangan Operasi A yang diketuai oleh SO Ishraqi bin Haji Sidup, dikejarkan ke insiden kebakaran tiga buah kereta di Kampung Bengkurong pada pukul 4:43 pagi.

    Apabila anggota bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian, mereka mendapati dua buah kereta rentung dan sebuah lagi kereta jenis hatchback hanya terbakar di bahagian pintu sebelah kiri dan bonet.

    Ketiga-tiga kenderaan itu diletakkan dalam keadaan parkir di garaj.

    Semasa bertindak memadam kebakaran, anggota bomba memakai alat pernafasan dan berjaya memadamkan api dalam masa lima minit.

    Punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan dan tidak ada kemala-ngan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

    JBP menyarankan orang ramai khususnya pemilik kenderaan untuk memastikan kereta mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan.

    Langkah-langkah itu termasuklah memastikan tiada sebarang kebocoran yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada blok enjin yang panas atau sistem elektrik serta pengguna sentiasa memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem elektrik enjin dan aksesori kereta serta pendawaian hendaklah mengikut piawaian yang betul dan dilakukan oleh mekanik yang bertauliah kerana arus elektrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar dan kebakaran.

    Kelihatan dua buah kereta dijilat api dalam kejadian kebakaran manakala sebuah lagi rosak di bahagian pintu dan bonet.
    Antara kereta yang terbakar dalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Bengkurong, awal pagi, 26 Jun lalu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Everest ditemui

    KATHMANDU, 19 MEI - Pasukan penyelamat menemui mayat pendaki Mongolia kedua yang hilang di Gunung Everest, menurut penganjur ekspedisi, hari ini, sekali gus mengesahkan...