Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lahirkan generasi celik Al-Quran

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan SU Lambak Kanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Dalam menyahut dan menanai hasrat kerajaan bagi melahirkan lebih banyak generasi celik Al-Quran di negara ini, Sekolah Ugama Lambak Kanan sesi petang telah mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah 6 di dewan sekolah tersebut, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu khas majlis bagi meraikan seramai 68 orang murid terdiri daripada 43 orang murid lelaki dan 25 orang murid perempuan itu ialah Ketua Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Hajah Noor Rasidah binti Haji Sharbini.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh tetamu kehormat majlis sebelum diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Lahab oleh para peserta khatam.
    Kemudian majlis diikuti dengan bacaan Takhtim, Doa Khatam dan laungan Dikir Marhaban o.

    Tetamu kehormat majlis seterusnya menyampaikan sijil khatam sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Majlis antara lain bertujuan bagi menggalakkan murid-murid sentiasa membaca Al-Quran dengan betul dan lancar di samping untuk memastikan murid-murid dapat mengkhatamkan Al-Quran sebelum mereka menamatkan Darjah 6 persekolahan agama.

    Selain itu, ia juga secara tidak langsung dapat mengeratkan perpaduan antara para ibu bapa, penjaga, guru-guru dan para murid dalam sama-sama mengendalikan majlis-majlis keagamaan di sekolah.

    Murid-murid Darjah 6 Sekolah Ugama Lambak Kanan yang diraikan pada majlis khatam Al-Quran berkenaan, baru-baru ini.
    Hajah Noor Rasidah hadir selaku tetamu kehormat pada majlis khatam Al-Quran di Sekolah Ugama Lambak Kanan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...