Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Larian Hari Olimpik 2023 pada 25 Jun

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Bersempena Hari Olimpik Sedunia yang jatuh pada 23 Jun setiap tahun, Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan menganjurkan Larian Hari Olimpik 2023 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien pada 25 Jun depan.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden BDNOC akan berkenan berangkat selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah 10 pemenang teratas mengikuti kategori bagi acara larian itu.

    Larian yang dibukakan secara percuma kepada orang ramai daripada semua peringkat umur itu bertujuan untuk mempromosikan peranan sukan dalam mewujudkan dunia yang aman dan lebih baik melalui larian dan aktiviti fizikal yang melibatkan diri, sekali gus bagi mempromosikan nilai-nilai Olimpik dan untuk menghimpunkan atlet dan peminat sukan di negara ini.

    Ia akan dibahagikan kepada tujuh kategori berdasarkan jantina dan peringkat umur yang ditetapkan iaitu Kategori 1 khusus larian sejauh 1.8km untuk orang kelainan upaya (OKU); Kategori 2 untuk larian sejauh 1.8km bagi lelaki 12 tahun ke bawah; dan kategori 3 pula ditetapkan bagi larian sejauh 1.8km untuk perempuan 12 tahun ke bawah.

    Kategori 4 dan 5 pula khusus bagi larian sejauh 3km untuk lelaki dan wanita veteran berusia 60 tahun dan ke atas, manakala itu, kategori 6 dan 7 pula bagi larian sejauh 5km bagi lelaki dan wanita terbuka.

    Oleh yang demikian, bagi yang berminat bolehlah mendaftar di Bilik 7, Stadium Negara Hassanal Bolkiah bermula hari ini pukul 2:30 petang hingga 4:30 petang; manakala pada Sabtu hingga Isnin iaitu 10 hingga 12 Jun dari 8 pagi hingga 11:30 pagi; dan 2 petang hingga 4 petang.

    Bagi setiap pendaftaran yang berjaya, mereka akan mendapat baju T edisi terhad memperingati Larian Hari Olimpik 2023 di mana pengambilannya adalah pada 22 dan 24 Jun, dari 8 pagi hingga 11:30 pagi; dan 2 petang hingga 4 petang di tempat sama.

    Selain itu, sijil turut diberikan selepas menamatkan acara larian tersebut berserta pingat untuk 10 teratas dalam setiap kategori.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...