Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lawatan timba ilmu pengetahuan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Seramai 24 orang Peserta Program Pembangunan Eksekutif Pertengahan (EDPMMO) Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) ke-32 telah mengadakan lawatan industri ke Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam memenuhi pengisian minggu Public Policy and Governance.

    Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof.

    Kemudian, para peserta mendengarkan sesi taklimat mengenai tadbir urus kementerian tersebut yang juga telah disampaikan oleh setiausaha tetap.

    Peserta juga mendengarkan taklimat mengenai pelan strategik kementerian 2025, seterusnya mengikuti aktiviti Mind Mapping yang mana antara pengisiannya adalah Digital Transformation, Ensuring Sustainability of Transport and Infocommunications Sector dan Enhancing International Cooperation yang dikendalikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan dan Pemangku Pengarah Strategi, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Hajah Lailatul Zuraidah binti Haji Mohd Hussain.

    Sesi taklimat diakhiri dengan penyampaian penghargaan daripada UNISSA dan kementerian berkenaan.

    Sebelum bersurai, peserta EDPMMO berpeluang mengadakan lawatan disekitar kementerian tersebut.

    Antara tujuan lawatan adalah untuk memberikan peluang kepada para peserta EDPMMO menimba ilmu dan menyaksikan dengan lebih dekat lagi perkhidmatan yang disediakan dan kaedah yang diguna pakai di kementerian berkenaan.

    Haji Mohammad Nazri semasa beramah mesra dengan peserta program EDPMMO UNISSA ketika menerima kunjungan tersebut.- Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...