Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Layang ungguli Liga Peringkat Akar Umbi

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Pasukan Layang dinobatkan sebagai juara Liga Bola sepak Peringkat Akar Umbi yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Negara Brunei Darussalam (FABD) selepas menamatkan saingan di puncak liga yang mengandungi lapan buah pasukan.

    Majlis penutup dan penyampaian hadiah berlangsung di Padang Bola Sepak FABD di Jalan Pusat Persidangan, Berakas, hari ini.

    Sementara itu, Pasukan Raja Udang meraih tempat kedua dan Murai menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

    Acara yang didakan bersempena dengan Hari Bola Sepak Akar Umbi Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC)/FABD yang berjalan sejak Ogos tahun ini, dan bertujuan untuk menyediakan platform kepada masyarakat untuk menikmati sukan bersama keluarga dan kawan semasa hujung minggu.

    Liga tersebut merupakan projek rintis yang diadakan di Daerah Brunei dan Muara melibatkan lapan buah pasukan bawah 12 tahun iaitu Kenari, Layang, Merpati, Murai, Nuri, Pipit, Tiong dan Raja Udang.

    Pemain-pemain Pasukan Layang meraikan kemenangan selepas dinobatkan sebagai juara Liga Bola sepak Peringkat Akar Umbi. – Gambar serahan FABD

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan dan Naib Presiden Pembangunan Perniagaan dan Perkongsian imagine Sdn Bhd, Haji Mohd Radziman bin Haji Abdul Rahman.

    Sementara itu, Pengiran Haji Matusin berkata, “Saya berharap ibu bapa akan menggalakkan anak-anak mereka untuk terus bermain bola sepak.

    “Ini kerana FABD dan Brunei Darussalam memerlukan pemain yang mempunyai perwatakan berkualiti dan di bawah bimbingan jurulatih FABD, Insya-Allah kita boleh melahirkan pemain yang mampu mewakili negara pada masa akan datang.”

    Sementara itu, Haji Mohd Radziman berkata, “Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat, kami sentiasa menyokong kesihatan fizikal.

    “Ini amat penting kerana imagine terus menyokong Kementerian Kesihatan membendung penyakit tidak berjangkit seperti obes terutama di kalangan generasi belia yang cenderung kepada gajet.”

    Liga tersebut akan disusuli dengan Liga Peringkat Akar Umbi antara Daerah melibatkan pemain-pemain bawah 12 tahun dari seluruh negara bulan hadapan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...