Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lebih 100 sertai majlis khatam hari keputeraan

    Oleh Nurdiyanah
    Gambar serahan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang turut tidak ketinggalan dalam mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darus-salam ke-76, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang telah disertai lebih 100 orang peserta terdiri daripada para pegawai masjid, ahli jawatankuasa takmir masjid, ahli Muslimah Al-Ma’wa, belia dan beliawanis Al-Mawa, jemaah masjid, penduduk setempat dan sekitarnya ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.

    Majlis kali ke-3 dilaksanakan itu telah dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan alunan ayat-ayat lazim yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dan Ketua Imam Masjid Kampung Batu Marang, Awang Saiful Rizal bin Haji Abdul Ghafar, selaku pengerusi takmir masjid tersebut.

    Ia turut diserikan dengan lau-ngan Dikir Marhaban beramai-ramai sebelum majlis berakhir.

    Antara peserta yang menyertai majlis berkebajikan tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...